JENIS ATAU PEMBAHAGIAN JIRAN

Jenis-Jenis Jiran
Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga. Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa kemudaratan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menggangu pengamalan mereka seperti orang-orang beragama Hindu akan meletakkan tokong mereka diluar rumah, maka hormatilah kerana selagi ia tidak membawa bahaya. Didalam agama Islam, jiran dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya yang tersendiri. Ia terdiri daripada;

1.     Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang jiran.

2.    Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan 
Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau suadara kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.

3.      Jiran Bukan Islam
Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita masih perlu menghormati mereka  dan tidak menyakitki mereka seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W;
 “ Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.”



Comments

Popular Posts