HAK HAK JIRAN

Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

''Tahukah kamu apa dia hak jiran tertangga itu ?''

  • Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.
  • Jika ia meminta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
  • Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
  • Jika ia sakit, engkau akan menziarahinya.
  • Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.
  • Jika ia ditimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
  • Jika ia meninggal dunia, engkau turur menghantar jenazahnya.
  • Jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
  • Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.
  • Jika engkau beli buah buahan, berikan sedikit kepadanya.
  • Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukkan buah buahan itu kedalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan jangan lah membiarkan anakmu memakan buah buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.

Comments

Popular Posts