ADAB BERJIRAN MENURUT ISLAM

Dewasa ini, kesibukkan mengejar kemewahan membuatkan antara kita tidak mengamalkan semangat kejiranan dan tidak sempat untuk bertegur sapa sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat menjadi hambar. Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham dan akan mewujudkan perhubungan yang nagetif. Keadaan ini pasti akan merosakkan perpaduan dan membangkitkan pemusuhan di kalangan masyarakat

            Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititikberatkan didalam agama Islam. Adab atau ikhlas bermaksud segala sikap, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat. Islam ada menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi didalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.

“Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.”(Hadith Riwayat at-Tarmizi)

            Adab bersosial mengikut perspektif Islam amat menekankan fungsi lidah kerana lidah akan menghasilkan perbicaraan dan akan menentukan samada individu tersebut berbicara tentang perkara yang baik atau tidak. Dengan itu, semangat kejiranan dapat dipupuk sedikit demi sedikit apabila ahli masyarakat saling horamat menghormati dengan menjaga adab percakapan atau bersosial. Allah S.W.T telah berfirman didalam surah al-Muknin ayat 1-3 yang bermaksud,

‘Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yng menjauhi daripada perbicaraan yang tidak berguna.’

Selain itu, Islam juga menggariskan panduan kepada setiap muslim untuk sentiasa memulikan jiran. Antaranya memuliakna jiran ialah sentiasa menghormati jiran dan sentiasa berbaik sangka sesama jiran. Hormat menghormati disini membawa erti mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim. Manakala berbaik sangka ialah sentiasa berfikiran fositif kepada jiran tetangga. 

“ Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang beriman dengan Allah dan akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya” (Riwayat Muslim)

Hadith diatas membuktikan bahawa betapa pentingnya sikap hormat menghormati dan berbuat baik terhadap jiran tetangga kerana jiran juga mempunyai hak terhadap kita yang menjadi jirannya. Menghormati hak mereka sebagai jiran bukan sahaja mengelak daripada berbicara yang tidak berfaedah yang mana akan menyakiti diri mereka, malahan hendaklah bersabar atas kelakuan yang tidak sesuai. Jiran yang baik tidak akan mendiamkan diri malah akan menegur secara baik dan toleransi. Semangat kejiranan akan dapat dipupuk dengan baik jika perhubungan dua hala antara sesama jiran berjalan dengan baik.

Jiran tetangga merupakan satu golongan yang mendapat perhatian yang penting didalam setiap institusi masyarakat. Dengan adab yang baik yang ditonjolkan didalam setiap ahli masyarakat didalam kawasan kejirananan adalah asas kepada keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.


Comments

Popular Posts