KONSEP KEJIRANAN














Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab, seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Mereka akan membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan.Untuk memupuk semangat kejiranan, sistem pendidikan memainkan peranan penting iaitu melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Agama, Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain. Dengan cara ini, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar. Bukan hanya setakat mengetahuinya di atas kertas sahaja. Memupuk budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Langkah meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai juga tidak kurang pentingnya. Mereka harus selalu diingatkan agar mengunjungi antara sesama jiran pada waktu perayaan agar mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Begitu juga amalan mengadakan rumah terbuka perlu digalakkan. Sikap individualistik dan berprasangka buruk terhadap jiran seharusnya dihapuskan kerana sifat ini menghalang pembentukan budaya tersebut.Memandangkan amalan hidup berjiran dapat menjamin pewujudan masyarakat penyayang yang amat penting dalam negara majmuk seperti di negara kita, maka kita mestilah sama-sama mengamalkannya.


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya : " Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.( hadis riwayat Bukhari dan Muslim)





Negara Malaysia terkenal di pentas dunia kerana rakyat berbilang kaum dapat hidup bersama dengan harmoni. Namun, semangat perpaduan ini semakin terhakis dan ini mungkin akan membawa kepada rusuhan di kalangan rakyat. Hidup berjiran banyak memanfaatkan kita. Oleh itu, usaha-usaha untuk memupuk semangat berjiran perlu dijalankan.
Kepentingan utama hidup berjiran adalah untuk mengukuhkan institusi kemasyarakatan. Semangat tolong-menolong dapat dilahirkan di antara penduduk setempat. Sikap tolong-menolong di antara jiran amat penting kerana seseorang boleh meminta bantuan jiran ketika berlakunya kecemasan. Selain itu, semangat kejiranan dapat mengeratkan silaturahim di antara penduduk setempat. Ini mewujudkan suasana aman damai dan membolehkan penduduk setempat hidup dengan selesa.Seterusnya, semangat kejiranan penting kepada penduduk Malaysia kerana perpaduan kaum dapat dipupuk melalui semangat tersebut. Sikap saling hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain dapat dilahirkan. Melalui semangat kejiranan, rakyat Malaysia belajar menghargai dan menghayati budaya dan tradisi rakyat berbilangkaum di Malaysia. Ini akan membawa kepada pencapaian matlamat konsep 1 Malaysia di mana integrasi antara kaum berlaku.Antara usaha yang wajar dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan termasuklah mengadakan kempen semangat kejiranan. Slogan tentang semangat kejiranan boleh disebarkan melalui media massa. Pelbagai pihak boleh menganjurkan ceramah tentang semangat kejiranan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya hidup berjiran. Murid-murid sekolah haruslah digalakan mengamalkan semangat kejiranan sejak masih kecil lagi. Pelbagai pertandingan harus dijalankan supaya murid-murid sekolah terdedah kepada konsep hidup berjiran







Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :Ùˆَاعْبُدُوا اللَّÙ‡َ Ùˆَلاَ تُØ´ْرِÙƒُوا بِÙ‡ِ Ø´َÙŠْئًا ÙˆَبِالْÙˆَالِدَÙŠْÙ†ِ Ø¥ِØ­ْسَانًا ÙˆَبِØ°ِÙŠ الْÙ‚ُرْبَÙ‰ ÙˆَالْÙŠَتَامَÙ‰ ÙˆَالْÙ…َسَاكِينِ Ùˆَالْجَارِ Ø°ِÙŠ الْÙ‚ُرْبَÙ‰ Ùˆَالْجَارِ الْجُÙ†ُبِ Ùˆَالصَّاحِبِ بِالْجَÙ†ْبِ
“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).

Seterusanya, pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti rukun tetangga, kenduri dan gotong-royong perlu dijalankan supaya hubungan antara rakyat berbilang kaum dapat dieratkan. Penduduk kawasan perumahan setempat harus mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan rakyat pelbagai kaum seperti meraikan perayaan-perayaan di Malaysia bersama-sama. Aktiviti hari keluarga dan pesta budaya Malaysia juga dapat meningkatkan semangat kejiranan di antara rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan di antara rakyat demi mencapai perpaduan kaum. Bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga  haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh semua rakyat dan perlu berusaha dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum negara kita. Diharapkan semua lapisan masyarakat akan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan di negara Malaysia.



Comments

  1. Lucky Club Casino Site - Lucky Club
    Lucky Club is a modern gaming company based in Stake and is part of the Lucky Club network. The company has over 100 different casino games,  Rating: 4 · ‎24 votes luckyclub.live

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts